BILIK KESIHATAN SKJJ

'HEALTHY LIFE BRINGS HAPPINESS'

Takwim sesi 2010

Piagam Pelanggan Klinik SKJJ


1. Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah.
2. Memberi rawatan penyakit/kecemasan kepada murid ketika di sekolah.
3. Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
4. Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid.
5. Menggalakkan hidup sihat di sekolah dari segi fizikal,mental,emosi,sosial,rohani.
6. Menggalakkan kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan
sekolah dan kesihatan masyarakat.

Objektif Klinik SKJJ



1.
Mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan
keselamatan masyarakat di sekolah.

2.
Menyemai tabiat kesihatan yang baik, sikap dan amalan
yang bersesuaian dengan hidup sihat.

3.
Mewujudkan keadaan kesejahteraan dan keselamatan di
kalangan pelajar dan masyarakat sekolah yang lain.

4.
Untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan masyarakat
bagi mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan pelajar.

Visi & Misi Klinik SKJJ

VISI


KEARAH BILIK RAWAT YANG UNGGUL, TERANCANG, SEJAHTERA DAN BERBUDAYA MENJELANG 2015.


MISI


BERUSAHA SECARA BIJAK DALAM MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER DAN GIGIH UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAAB TERHADAP PELAJAR DAN MASYARAKAT KEARAH PENCAPAIAN WAWASAN SEKOLAH.

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS)

RKS dilancarkan pada tahun 1968, Ianya merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang boleh dianggap sebahgian penting daripada perkhidmatan masyarakat.